Tanpa sedar rupa-rupanya sudah lebih 5 tahun KLDP beroperasi. Foto ini adalah antara foto yang terawal kami upload di blog.
KLDP bermula dengan menggunakan blog ( klipis.blogspot.com) pada Jun 2008 (hingga sekarang masih aktif).
Selain untuk berkongsi foto-foto bersama rakan di Lipis, tujuan utama
ia dibina adalah untuk memperkenalkan Kuala Lipis kepada dunia luar.
Disamping itu ia juga untuk rakan-rakan yang sudah lama meninggalkan
Lipis. Umumnya ia adalah page untuk ringan-ringankan kepala.
KLDP "was built from scratches". Kamera yang digunakan hanyalah sebuah
kamera henfon berjenama cokia.Kemudian bila mampu sedikit admin upgrade
kepada kamera compact dan seterusnya kamera DSLR. Dan sekarang "back to
square", menggunakan henfon kembali kerana kamera DSLR admin rosak. Tapi
masih beruntung kerana admin dibantu oleh rakan-rakan admin yang
menggunakan kamera DSLR.
Kepada semua peminat dan rakan-rakan
KLDP, kami merakamkan jutaan terima kasih atas sokongan anda semua.
Tanpa anda siapa lah kami. Kami sangat menghargai komen-komen yang anda
berikan dan sepanjang anda memberi pendapat semuanya bernas dan tertib.
Kami terhutang budi diatas kesopanan dan rasa hormat terhadap page KLDP
ini. Semua itu memberikan semangat waja bagi kami untuk terus
menyelenggara laman ini.
Namun ada juga kejadian yang kami
dapat kesan yang dikira perbuatan itu tidak wajar dan boleh dianggap
biadab.Kedapatan ada pihak yang memuat turun gambar-gambar kami malah
bukan setakat gambar sahaja malah dengan textnya sekali dia orang ciplak
tanpa meminta izin dan memberi apa-apa kredit kepada kami.
Kami membuka laman ini dengan niat ikhlas untuk semua tanpa mengambil
sebarang keuntungan. Tetapi jika ada sampai berlaku kejadian sebegini
kami juga berhak untuk berasa tersinggung. Diharapkan kepada mereka yang
telah berbuat kesilapan itu hentikan lah perbuatan tersebut. Please
give us some respect.
Suka saya menyarankan agar Jambatan pejalan kaki yang berkembarr dengan
jambatan keretapi zaman British ini dijadikan sebagai mercu pandang
lihat yang disenaraikan dalam peta lawatan bandar Lipis.Panorama di sini
sangat menarik dengan latar berlakang pertemuan dua sungai,iaitu Sungai
Lipis dan Sungai Jelai. Besar harapan saya agar pihak berwajip
tempatan mengambil maklum akan saranan saya ini.Saya kerap melihat
pelancong warga eropah yang bersantai
disini.Satu saranan saya papan selipar laluan jambatan itu elok ditukar
ganti kerana telah uzur,juga dibina satu Plat keterangan mengenai
sejarah yang berkaitan sejarah jambatan ini.Rasanya cukup-cukup lah kita
asyik memusnah dan meroboh kesan peninggalan silam di Lipis ini,tibalah
masanya kita menghargai dan memelihara peninggalan silam yang berharga
didaerah kita ini.
Apam balik atau juga dikenali sebagai apom balik, merupakan sejenis kuih tradisi Malaysia dan Singapura, sesuai dimakan pada waktu pagi dan petang secara bersantai. Ia merupakan sejenis kuih apam berkulit tebal yang dibakar dengan lapisan mentega dan ditaburi inti kacang dan jagung di atasnya dan kemudian dilipat dua. Kini terdapat pelbagai perisa seperti coklat, vanila dan strawberi. Apam balik sedap dimakan panas-panas. - (wikipedia : http://ms.wikipedia.org/wiki/Apam_balik)
Bila umur dah semakin meningkat ni, benda-benda yang kecil pun akan mengimbas nostalgia dahulu kala.
Begitu jugalah kalau saya tengok pintu belakang (kecemasan) dan tingkap
bas Pahang Lin Siong ni. Tiba-tiba fikiran melayang... flashback ke
zaman muda dulu. Zaman persekolahan.
Kalau masa balik dari sekolah dulu pasti berebut naik bas. Semuanya takut kena berdiri. Pelajar perempuan sudah semestinya
naik ikut pintu depan. Pelajar-pelajar lelaki pula akan ikut pintu
belakang. Hah? Pintu belakang. Ya... beria-ria lah memanjat pintu yang
agak tinggi tu. Terkangkang-kangkang dibuatnya. Silap-silap koyak
seluar. Hah!!
Bagi yang lebih hero dan kutu, mereka akan
campakkan beg mereka ikut tingkap dengan tujuan untuk booking seat.
Kalau nasib malang, beg yang dicampak akan jatuh ke lantai. Seat tadi
kutu lain yang sapu.Nasib lah!
Amacam... anak muda sekarang ada pengalaman macam kat atas tu?