Wednesday, August 28, 2013

A Friendly Reminder

Salam 1Lipis.

Tanpa sedar rupa-rupanya sudah lebih 5 tahun KLDP beroperasi.
Foto ini adalah antara foto yang terawal kami upload di blog.

KLDP bermula dengan menggunakan blog ( klipis.blogspot.com) pada Jun 2008 (hingga sekarang masih aktif). Selain untuk berkongsi foto-foto bersama rakan di Lipis, tujuan utama ia dibina adalah untuk memperkenalkan Kuala Lipis kepada dunia luar. Disamping itu ia juga untuk rakan-rakan yang sudah lama meninggalkan Lipis. Umumnya ia adalah page untuk ringan-ringankan kepala.

KLDP "was built from scratches". Kamera yang digunakan hanyalah sebuah kamera henfon berjenama cokia.Kemudian bila mampu sedikit admin upgrade kepada kamera compact dan seterusnya kamera DSLR. Dan sekarang "back to square", menggunakan henfon kembali kerana kamera DSLR admin rosak. Tapi masih beruntung kerana admin dibantu oleh rakan-rakan admin yang menggunakan kamera DSLR.

Kepada semua peminat dan rakan-rakan KLDP, kami merakamkan jutaan terima kasih atas sokongan anda semua. Tanpa anda siapa lah kami. Kami sangat menghargai komen-komen yang anda berikan dan sepanjang anda memberi pendapat semuanya bernas dan tertib. Kami terhutang budi diatas kesopanan dan rasa hormat terhadap page KLDP ini. Semua itu memberikan semangat waja bagi kami untuk terus menyelenggara laman ini.

Namun ada juga kejadian yang kami dapat kesan yang dikira perbuatan itu tidak wajar dan boleh dianggap biadab.Kedapatan ada pihak yang memuat turun gambar-gambar kami malah bukan setakat gambar sahaja malah dengan textnya sekali dia orang ciplak tanpa meminta izin dan memberi apa-apa kredit kepada kami.

Kami membuka laman ini dengan niat ikhlas untuk semua tanpa mengambil sebarang keuntungan. Tetapi jika ada sampai berlaku kejadian sebegini kami juga berhak untuk berasa tersinggung. Diharapkan kepada mereka yang telah berbuat kesilapan itu hentikan lah perbuatan tersebut. Please give us some respect.

Semoga kita hidup dengan penuh berkat dan rahmat.

Sejahtera semua!

SELAMAT HARI MERDEKA.

No comments: