Sunday, November 27, 2011

sekadar pendapat


Luahan pendapat untuk PBT dan YB Lipis:

Dirasakan tiba masanya warga Lipis lebih menjurus kearah mesra seni.Terutama bagi mereka yang bertangungjawab terhadap pembangunan dan kemajuan bandar ini.

Definisi seni yang saya maksudkan bukan sekadar berligar dan terhad kepada pertandingan nyanyian karaoke sahaja. Kena lebih jauh dan luas kefahamannya. Lebih menjurus kepada FINE ART(Seni Halus).

Segala pembangunan yang berlandaskan Material semata hasilannya menjadi hambar dan tidak sempurna. Jauh sekali mendatangkan kepuasan serta ketenangan.lazimnya hasilan itu menjadi sangat beku dan membosankan.Tidak ada kesan memuaskan, paling malang lagi ianya akan mendatangkan pembaziran dan kerugian.

Langkah mendekati Seni yang dimaksudkan bukan lah sukar. Saranan saya,sebagaimana setiap tahun ada acara Karnival Lipis, apa salahnya cuba adakan pula minggu seni Lipis umpamanya.

Pengisiannya boleh lah sama2 difikirkan. Sebagai contoh:
1) Pendedahan seni hiasan laman.
2)Melukis landskap lipis
3)Filem pendek anak2 Lipis.
4)Bengkel/forum kehijaun alamsekitar dan sejarah lipis...dan sebagainya.

My 2cents...

- ubilepih

4 comments:

Ateh Nour said...

Sallam,

Saya sokong seratus peratus
tentang cadangan ini...

wakgelas said...

wak pon penah sampey kuala lipis jugakkkk.... eeeeE wak dh dateng niii nak komen komennnnn.....

Anonymous said...

peliknya MDL ni tak peka langsung ke...

MERAN QAMAR said...

salam
saya pun sokom.....
musti ada artis yang bersembunyi di sebalik lipis niii....artis landskap, seni, filem....

bajet tu kalau gunanya betul gaya mmg cantik laaa hasilnya....

sekadar pandangan orang maran yang mencari makan di lipis...