Friday, October 1, 2010

Sungai Jelai


Sungai Jelai
Dulu suasananya meriah dengan agenda kehidupan
warga Kuala Lipis.
Ia merupakan laluan perhubungan para
penduduk kampung-kampung di persisirannya.
Di dada arusnya sibuk hilir mudik perahu-perahu
Enjin Sangkut,bagi bot-bot yang beratap ianya
dikenali dengan perahu kajang.
Semasa itu kebanyakan jabatan kerajaan di daerah
Kuala Lipis banyak mengunakan perahu-perahu kajang
ini sebagai pengankutan rasmi jabatan apabila mereka
punyai urusan di kampong-kampun persisiran,kerana
Sungai Jelai merupakan lebuh raya penghubung.
Sepekara lagi di tebing Sungai Jelai bahagian
Bandar Lipis banyak rumah-rumah rakit menjadi
hiasan lanskapnya.
Namun kini semuanya itu bagaikan telah
ditelan kabus nipis sang waktu.
Edaran masa telah menelan lenyapkannya,
atas nama pembangunan “Charming”Kuala Lipis telah calar.
Jelai kini sepi dan sunyi bagaikan tanah kuburan
Setelah usai upacara perkebumian.Sayu dan sendu.
Bagi saya yang tersisa di minda hanya
sebuah catatan kenagan.Irama “Yesterday Once More”
nanyian Carpenter bagaikan kan runut yang bergema mengiringi
wayangan silam.(UBI)

2 comments:

Hashim Zabidi said...

kembali ke era itu,
satu nostalgia.
sebuah kota kecil yang tak pernah tidur.
gambarkan:
kuala lipis malamnya lampu neon terang menderang
orang berpasang-pasangan, berkasih sayang lalu berbujang
tanpa akad, tanpa gendang
dipengaruhi alkohol yang mereka halalkan,
penghuni kota kecil itu seperti tak berTuhan.

Sukma Talenta said...

Knp d sni cman d sbut kn sungai jelai it brd d Kalimantan Barat sedngkan sungai jelai it sebenarx jg perbatasan antara Kalimantan Barat dan Kalimantan Tengah tepat x d kabupaten Sukamara...???