Friday, December 6, 2013

Monday, November 25, 2013

Jambatan Batru Kurap



Jambatan binaan British. Laluan bawah jambatan yang merupakan laluan utama untuk penduduk Desa Jeram Batu (Batu Kurap). Antara penempatan awal orang2 di Lipis dan juga Qtrs KTMB.

Sunday, November 24, 2013

Tentang traffic light

Pemandu di Bandar Lipis adalah antara pemandu yang paling sopan dan berhemah di dunia. Sebab itu kami tidak memerlukan traffic light....

Thursday, November 21, 2013

Krisis Air


MENJEJAK AIR...

Krisis air di Kuarters Guru Terenggun. Mohon pihak yang berkenaan prihatin - YB Lipis, Pengurusan Air Pahang Berhad PAIP

Update 23Nov.2013:
Terima komen dari rakan blogger KLDP:
"Tak yah tunggu 10-15 tahun bang...sekarang pun dah start rasa krisis air ni. Saya yang kerja dengan PAIP Lipis ni setiap hari kena cemuh dgn orang ramai terutama yang duduk belah terenggun, berembang, sai dan rumah banjir penjom. 2 tahun lepas dah dapat peruntukan untuk upgrade bekalan air jelai 50 juta tapi peruntukan kena tolak ke tempat lain pulak."

Tuesday, November 19, 2013

Panggung Wayang Benta

Selain di bandar Lipis, panggung wayang juga boleh didapati di Benta di awal era 50an hingga akhir 70an.

Saya sempat juga menonton filem James Bond sebelum ia dirobohkan.

Menonton wayang adalah suatu agenda yang "trendy" atau "hype" di masa dahulu.

Foto kredit : Restoran Sedaya, Benta (keh gelo restoran sedara saya.. )

Thursday, November 14, 2013

Paradise Theatre

TEMPAT JATUH LAGI DI KENANG, INI KAN PULA TEMPAT MENONTON WAYANG.BANGUNAN PARADISE THEATER INI SEPATUTNYA DULU DI KEKALKAN SAHAJA. KALAU MAHU DI BANGUNKAN SEBAGAI KOMPLEKS MEMBELI BELAH ADALAH LEBIH WAJAR IANYA DI BAIK PULIH SAHAJA,TANPA MEROBOHKAN IA SECARA TOTAL. - Ubi's artwork

Foto kredit : Ho Teck Sin dan Melinda How
 

Tuesday, November 12, 2013

Saturday, October 5, 2013

Jambatan Tg.Lipis

Saya sudah tidak mahu bersuara,biarkan saja gambar ini menyata.Kalau saya banyak bunyi nanti saya di buang negeri.Kisah Jambatan kenangan ini sudah pernah saya siar,,nah kenyataanya pada gambar ini.Terpulang pikir lah pada tuan dan puan..tuan puan orang cerdik pandai dan berkuasa..saya hanya rakyat biasa.

Tuesday, October 1, 2013

Projek Lagi

Nasihat saya kepada Warga Lipis, elok lah untuk kemudahan dan kesejahteran anda bagi masa hadapan, sila lah anda semua menyediakan telaga di kawasan kediaman anda semua. Kita balik ke zaman 60an dulu. Saya meramalkan Lipis akan megalami masaalah kekurangan air bersih yang serius dalam jangka 10-15 tahun akan datang. Pembangunan pesat yang giat berlansung dan pencemaran sungai yang serius menyumbang kepada permasalahan ini.

Kami bukan anti pembangunan. Cuma kami berharap kemudahan asas warga Lipis tidak terabai. Kemudahan asas itu biarlah seimbang dengan pembangunan.

Maaflah. Ini cuma pandangan dari kami yang hanya berpendidikan sekolah atap.

Monday, September 23, 2013

Jalan Jelai

Pada era Kuala Lipis menjadi ibu negeri Pahang membawa kepada akhir tahun 80an, Sungai Jelai menjadi laluan perhubungan utama diantara kampung-kampungtradisional persisiran sungai itu. Diwaktu itu, perahu-perahu dan motor enjin sangkut merupakan kenderaan utama.

Jalan Jelai di zaman itu merupakan denyut nadi kegiatan harian bandar tertua Pahang ini. Namun sekarang kemeriahan Jalan Jelai telah mati dibunuh oleh kemajuan zaman. Sungai Jelai juga telah sepi dengan kegiatannya. ~ ubi

Wednesday, September 18, 2013

Buah Mencupu

Buah ni dah jarang orang jual.
Bila makan memang bergetah bibir..hah!!

Sunday, September 15, 2013

Wednesday, September 4, 2013

Duit Lama

Agak-agak dengan duit 5 sen ni boleh beli apa pada tahun 1941?

*Duit ini saya pinjam dari Aki JJ untuk di scan. Terimakasih Aki!


Saturday, August 31, 2013

Kepayang

Bila makan ni bunyinya memang Krup!! Krup!!

Kalau kat Lipis ada panggung wayang eloklah pihak pengurusan gantikan popcorn dengan BUAH KEPAYANG. Dapat juga menjana ekonomi warga Lipis. Hehe!!

Barulah true Lepih ye dak?!!


Wednesday, August 28, 2013

A Friendly Reminder

Salam 1Lipis.

Tanpa sedar rupa-rupanya sudah lebih 5 tahun KLDP beroperasi.
Foto ini adalah antara foto yang terawal kami upload di blog.

KLDP bermula dengan menggunakan blog ( klipis.blogspot.com) pada Jun 2008 (hingga sekarang masih aktif). Selain untuk berkongsi foto-foto bersama rakan di Lipis, tujuan utama ia dibina adalah untuk memperkenalkan Kuala Lipis kepada dunia luar. Disamping itu ia juga untuk rakan-rakan yang sudah lama meninggalkan Lipis. Umumnya ia adalah page untuk ringan-ringankan kepala.

KLDP "was built from scratches". Kamera yang digunakan hanyalah sebuah kamera henfon berjenama cokia.Kemudian bila mampu sedikit admin upgrade kepada kamera compact dan seterusnya kamera DSLR. Dan sekarang "back to square", menggunakan henfon kembali kerana kamera DSLR admin rosak. Tapi masih beruntung kerana admin dibantu oleh rakan-rakan admin yang menggunakan kamera DSLR.

Kepada semua peminat dan rakan-rakan KLDP, kami merakamkan jutaan terima kasih atas sokongan anda semua. Tanpa anda siapa lah kami. Kami sangat menghargai komen-komen yang anda berikan dan sepanjang anda memberi pendapat semuanya bernas dan tertib. Kami terhutang budi diatas kesopanan dan rasa hormat terhadap page KLDP ini. Semua itu memberikan semangat waja bagi kami untuk terus menyelenggara laman ini.

Namun ada juga kejadian yang kami dapat kesan yang dikira perbuatan itu tidak wajar dan boleh dianggap biadab.Kedapatan ada pihak yang memuat turun gambar-gambar kami malah bukan setakat gambar sahaja malah dengan textnya sekali dia orang ciplak tanpa meminta izin dan memberi apa-apa kredit kepada kami.

Kami membuka laman ini dengan niat ikhlas untuk semua tanpa mengambil sebarang keuntungan. Tetapi jika ada sampai berlaku kejadian sebegini kami juga berhak untuk berasa tersinggung. Diharapkan kepada mereka yang telah berbuat kesilapan itu hentikan lah perbuatan tersebut. Please give us some respect.

Semoga kita hidup dengan penuh berkat dan rahmat.

Sejahtera semua!

SELAMAT HARI MERDEKA.

Thursday, June 13, 2013

Jambatan Tanjung Lipis


Suka saya menyarankan agar Jambatan pejalan kaki yang berkembarr dengan jambatan keretapi zaman British ini dijadikan sebagai mercu pandang lihat yang disenaraikan dalam peta lawatan bandar Lipis.Panorama di sini sangat menarik dengan latar berlakang pertemuan dua sungai,iaitu Sungai Lipis dan Sungai Jelai.


Besar harapan saya agar pihak berwajip tempatan mengambil maklum akan saranan saya ini.Saya kerap melihat pelancong warga eropah yang bersantai disini.Satu saranan saya papan selipar laluan jambatan itu elok ditukar ganti kerana telah uzur,juga dibina satu Plat keterangan mengenai sejarah yang berkaitan sejarah jambatan ini.Rasanya cukup-cukup lah kita asyik memusnah dan meroboh kesan peninggalan silam di Lipis ini,tibalah masanya kita menghargai dan memelihara peninggalan silam yang berharga didaerah kita ini.






Friday, June 7, 2013

Sunday, June 2, 2013

After Rain

Indah sungguh Lepih lepas hujan siang tadi..
02.06.13
Photographed by: Kumprinx Amin


Saturday, June 1, 2013

Apam Balik

Apam balik atau juga dikenali sebagai apom balik, merupakan sejenis kuih tradisi Malaysia dan Singapura, sesuai dimakan pada waktu pagi dan petang secara bersantai. Ia merupakan sejenis kuih apam berkulit tebal yang dibakar dengan lapisan mentega dan ditaburi inti kacang dan jagung di atasnya dan kemudian dilipat dua. Kini terdapat pelbagai perisa seperti coklat, vanila dan strawberi. Apam balik sedap dimakan panas-panas.  - (wikipedia : http://ms.wikipedia.org/wiki/Apam_balik)


Tuesday, May 21, 2013

Misty Morning

Misty Morning in Kampung Binjai.

Nyaman.
Sejuk.

Dulu-dulu kawasan Kg. Binjai ni ada Pesta Jagung.


Tuesday, May 14, 2013

Bila umur dah semakin meningkat ni, benda-benda yang kecil pun akan mengimbas nostalgia dahulu kala.

Begitu jugalah kalau saya tengok pintu belakang (kecemasan) dan tingkap bas Pahang Lin Siong ni. Tiba-tiba fikiran melayang... flashback ke zaman muda dulu. Zaman persekolahan.

Kalau masa balik dari sekolah dulu pasti berebut naik bas. Semuanya takut kena berdiri. Pelajar perempuan sudah semestinya naik ikut pintu depan. Pelajar-pelajar lelaki pula akan ikut pintu belakang. Hah? Pintu belakang. Ya... beria-ria lah memanjat pintu yang agak tinggi tu. Terkangkang-kangkang dibuatnya. Silap-silap koyak seluar. Hah!!

Bagi yang lebih hero dan kutu, mereka akan campakkan beg mereka ikut tingkap dengan tujuan untuk booking seat. Kalau nasib malang, beg yang dicampak akan jatuh ke lantai. Seat tadi kutu lain yang sapu.Nasib lah!

Amacam... anak muda sekarang ada pengalaman macam kat atas tu?

Thursday, March 14, 2013

Kelubi



Kelubi

Nama bionomial-nya ialah Eleiodoxa conferta.

Yang saya tahu bila tengok buah ni memang telan air liur punya. Naknya bila ia dijadikan jeruk. Slurppp!!!

Wednesday, March 13, 2013

skywatch

Skywatch
12 March 2013 @ 6pm
Taman perumahan di Bandar Baru Lipis

Monday, March 4, 2013

Keladi (Caladium)

Al Dino berpesan kepada saya,

Biar miang terkena keladi,
Jangan Miang Keladi.

Foto sumbangan : Al-Dino

Sunday, February 24, 2013

kedai runcit



Kedai Hj.T.A.Kunchi Koya & Sons
Kedai runcit yang terletak di Jalan Jelai ini mula beroperasi pada tahun 1946.

Thursday, February 21, 2013

tosei

Jom kita pekena tosei kat mamak
Bismi ada...
Nasi Kandar Hamid ada..
Alif Maju pun ada....


More about TOSEI please read here 
http://en.wikipedia.org/wiki/Dosa

Monday, February 18, 2013

gong xi fa chai

Masih belum terlambat bagi kami untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina untuk rakan-rakan yang meraikannya.

Saturday, February 16, 2013

pagi yang dingin



Selamat pagi warga Lipis

Sejuk pagi ini.
Jangan bangun lambat.
Jom hirup udara segar di luar sana.
Jalan-jalan ke bandor bersama keluarga,pakwe,makwe atau bekas pakwe.

Thursday, February 14, 2013