Wednesday, July 8, 2015

21 Ramadhan.

21 Ramadhan.

Detik suria berlabuh, menghitung baki hari hari bersama ramadhan yang tinggal. Menghisab amal yang tidak seberapa. Menatap kaki langit senja ada pilu, ada sayu menanggung rindu di dada.

Photo: Ho Teck Sin
Lokasi: Jalan Tempoyang. Berhampiran IPGTAA


Friday, July 3, 2015

16 Ramadhan.

16 Ramadhan.

Dalam bening cahaya purnama, malam yang di sejahterakan dalam rahsia kasih sayang Mu, kami mohon ampun dalam doa nan qudus jadikan lah kami hamba Mu yang sujud.
Foto diambil pada 22/6/2015. 8.45pm. (5 Ramadhan)

Lokasi: Kampung Tempoyang

.

Monday, June 22, 2015

5 Ramadhan

5 Ramadhan

Kemenangan Ramadhan kemenangan semua
Yang ikhlas berjuang demi cinta
Sebarkanlah cahaya Ramadhan
Menangku denganmu segarkan dunia.


Thursday, June 18, 2015

1 Ramadhan

1 Ramadhan

Salam Ramadhan dari kami bagi yang beragama Islam. Semoga kita dianugerahkan kesihatan serta dapat beribadah dengan baik dan lancar. Sama-sama kita berdoa dan bermohon supaya segala usaha kita dirahmati dan diberkati Allah.


Monday, November 24, 2014

Cuti Sekolah 2014

Selamat bercuti sekolah untuk semua adik-adik. Cuti ni tolong mak ayah kat rumah ye dik. Jangan lupa ulangkaji pelajaran. Tahun depan sekolah lagi. Jadikan prestasi tahun depan lebih baik dari tahun ini.

Tingkatkan prestasi kurangkan membuat "air liur basi". Hihi!

Foto : Ismail Othman

Sunday, November 23, 2014

Kuala Lipis goes international.


Tahniah kepada kita orang Lipis kerana sudah popular dipersada dunia. Tetapi sayangnya dalam hal yang negatif. Inilah yang dinamakan pembangunan dan kemajuan yang mesra alam.

Berita mengenainya disiarkan di akhbar Daily Mail, UK pada 20 November 2014. Nak tau apa yang membuatkan Lipis popular, sila tekan link Daily Mail, UK untuk bacaan seterusnya:



Untuk petition klink link ini : SAVE KATARINA

Saturday, June 21, 2014

Monday, June 16, 2014

Gerai bawah pokok

Pagi tadi admin ngeteh bawah pokok je.
Suasana yang nyaman sambil pekena teh tarik, nasi lemak dan kuih bom.
@Benta 

Thursday, May 15, 2014

Kampung Kelapa @ Benta

Filem "The Journey" adalah antara filem terbaik Malaysia yang pernah saya tonton. Maka hari ini saya letakkan foto yang saya rakamkan di Kampung Kelapa, Benta sempena mengambil "mood" filem tersebut. Manalah tahu nanti ada tuan direktor filem yang tertarik untuk membuat shooting filemnya di sini...

Saturday, February 15, 2014

the ART of pokok getah


more pics click here : https://www.facebook.com/media/set/?set=a.662121723835758.1073741830.117127175001885&type=1

Monday, February 10, 2014

mandi sungai

Musim sejuk dah berakhir.
Musim panas kembali.
Berendam dalam sungai lah pula kita.

Tuesday, February 4, 2014

photo by abdullah jones

Foto oleh Abdullah Jones ketika beliau mengunjungi Kuala Lipis pada tahun 2009.

Selain terer mengambil gambar, beliau juga adalah seorang penulis, pelukis dan pengeteh tegar yang suka belanja kawan.

Beliau juga mengendalikan galeri miliknya di Kuantan. Kalau berani sila lawat dan beli lukisan di facebook Rajawali ArtGroupe Internationale.

Thursday, January 16, 2014

Sunday, January 12, 2014

Friday, December 6, 2013

Monday, November 25, 2013

Jambatan Batru Kurap



Jambatan binaan British. Laluan bawah jambatan yang merupakan laluan utama untuk penduduk Desa Jeram Batu (Batu Kurap). Antara penempatan awal orang2 di Lipis dan juga Qtrs KTMB.

Sunday, November 24, 2013

Tentang traffic light

Pemandu di Bandar Lipis adalah antara pemandu yang paling sopan dan berhemah di dunia. Sebab itu kami tidak memerlukan traffic light....

Thursday, November 21, 2013

Krisis Air


MENJEJAK AIR...

Krisis air di Kuarters Guru Terenggun. Mohon pihak yang berkenaan prihatin - YB Lipis, Pengurusan Air Pahang Berhad PAIP

Update 23Nov.2013:
Terima komen dari rakan blogger KLDP:
"Tak yah tunggu 10-15 tahun bang...sekarang pun dah start rasa krisis air ni. Saya yang kerja dengan PAIP Lipis ni setiap hari kena cemuh dgn orang ramai terutama yang duduk belah terenggun, berembang, sai dan rumah banjir penjom. 2 tahun lepas dah dapat peruntukan untuk upgrade bekalan air jelai 50 juta tapi peruntukan kena tolak ke tempat lain pulak."

Tuesday, November 19, 2013

Panggung Wayang Benta

Selain di bandar Lipis, panggung wayang juga boleh didapati di Benta di awal era 50an hingga akhir 70an.

Saya sempat juga menonton filem James Bond sebelum ia dirobohkan.

Menonton wayang adalah suatu agenda yang "trendy" atau "hype" di masa dahulu.

Foto kredit : Restoran Sedaya, Benta (keh gelo restoran sedara saya.. )

Thursday, November 14, 2013

Paradise Theatre

TEMPAT JATUH LAGI DI KENANG, INI KAN PULA TEMPAT MENONTON WAYANG.BANGUNAN PARADISE THEATER INI SEPATUTNYA DULU DI KEKALKAN SAHAJA. KALAU MAHU DI BANGUNKAN SEBAGAI KOMPLEKS MEMBELI BELAH ADALAH LEBIH WAJAR IANYA DI BAIK PULIH SAHAJA,TANPA MEROBOHKAN IA SECARA TOTAL. - Ubi's artwork

Foto kredit : Ho Teck Sin dan Melinda How